Bujang Senang

Bujang Senang

13 Nov 2015

REGATTA MUKAH KEMBALI LAGI.

Regatta Mukah yang akan diadakan pada 28/29 November 2015 bakal menjadi berita gembira kepada penduduk Mukah setelah menunggu 10 tahun untuk menyaksikan keramaian dan menyertai sukan air popular itu.

Kali terakhir Regatta Mukah dianjurkan 10 tahun lalu. Sepanjang 10 tahun itu, Regatta Dalat atau lebih dikenali sebagai Pesta Besaug/Besaug Dalat diadakan dwi tahunan telah dianjurkan sebanyak empat kali dengan kali terakhir pada 27/30 November 2014.

Di antara aktiviti menarik ialah perlumbaan bot laju pada hari pertama. Pada dua hari berikutnya perlumbaan perahu bidar akan mengambil tempat. Di samping itu pelbagai aktiviti menarik lain juga akan diadakan.

Menurut Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Muhammad Leo Toyad Regatta Mukah dijangka akan dianjurkan sebagai acara tahunan. Di samping itu beliau juga pernah mengumumkan pada Januari 2013 akan menganjurkan Pesta Tiga Sungai di kawasan P213 Mukah. Pesta Tiga Sungai dikatakan mewakili tiga sungai yang terdapat di Mukah iaitu Sungai Mukah, Sungai Balingian dan Sungai Oya/Dalat.

0 komentar: