Bujang Senang

Bujang Senang

14 Sep 2015

RINGGIT DI BUKA TINGGI,4.3060 BERBANDING DOLAR AS.




KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan arah aliran peningkatan minggu lalu untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini didorong minat belian terhadap mata wang tempatan itu, kata peniaga. Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.3060/3150 berbanding dolar AS daripada 4.3150/3200 pada penutupan Jumaat lalu. Peniaga itu berkata, keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus membantu menyemarakkan sentimen positif di pasaran tempatan. Katanya, ketidaktentuan berhubung kemungkinan peningkatan kadar faedah di AS serta data mengenai kelembapan ekonomi China mendorong pelabur mengalih perhatian kepada ringgit. Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur dengan mata wang utama lain. Ia naik berbanding yen kepada 3.5681/5771 daripada penutupan Jumaat pada 3.5812/5868 dan naik berbanding pound British kepada 6.6549/6706 daripada 6.6576/6679. Ringgit bagaimanapun jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0565/0646 daripada 3.0510/0569 pada Jumaat dan turun berbanding euro kepada 4.8847/8954 daripada 4.8716/8781 sebelumnya. - BERNAMA

0 komentar: