Bujang Senang

Bujang Senang

12 Ogo 2015

Rakyat Malaysia Kini Pakar Matawang?

Hari ini, Ringgit telah mencecah RM4.00 untuk satu dolar. Apabila saya log masuk ke dalam akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 entri yang muncul dalam garis masa saya mengutuk kerajaan mengenai isu Ringgit. Bagi golongan muda yang menguasai media sosial hari ini, komen-komen mereka seolah-olah esok adalah pengakhiran untuk Malaysia. Dan dalam masa beberapa bulan, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia bertukar daripada pakar perlembagaan kepada penganalisis penerbangan dan kini pakar ekonomi. Ada yang pergi lebih jauh dengan meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Najib. Terdapat kumpulan yang digelar Suara Rakyat yang menyatakan `negara lain lebih baik kerana UMNO tidak berada di negara mereka''. Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan cenderung untuk terlepas daripada hakikat bahawa dalam tempoh lima tahun, • Rusia Roubles rugi 114 peratus berbanding USD • Indonesia Rupiah rugi 51 peratus berbanding USD • India Rupee rugi 38 peratus berbanding USD • Norwei Krone rugi 37 peratus berbanding USD • Australia Dolar rugi 24 peratus berbanding USD • Euro rugi 20 peratus berbanding USD • Thai Baht rugi 10 peratus berbanding USD Adakah saya perlu ulas lagi? Salah satu daripada faktor penyumbang yang dialami oleh negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah didagangkan pada US$70-80/setong beberapa tahun lalu dan hari ini ia jatuh di bawah US$50 setong. Juga, bukan Amerika Syarikat sahaja rakan dagang kita dan prestasi Ringgit tidak diukur dengan US dolar semata-mata. Apabila kita melihat kepada Ringgit, • Kita mengukuh berbanding dolar Kanada (2 peratus) • Kita mengukuh berbanding Rupee India (10 peratus) • Kita mengukuh berbanding Yen Jepun (14 peratus) • Kita mengukuh berbanding Rupiah Indonesia (18 peratus) Saya tidak perlu menamakan negara-negara lain,kan? Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia menghampiri 20 peratus? Kita cepat memberikan tanggapan negatif dan dengan pantas memberikan komen seolah-olah kita adalah pakar dalam Facebook dan Twitter. Itu caranya setiap hari. Dan sudah tentu, tiada siapa yang akan merujuk kepada 1998. Tiada siapa yang ingat waktu Ringgit menjunam serendah RM4.725 berbanding satu dolar pada 7 Januari 1998 (Kadar jualan BNM, di kaunter adalah lebih RM4.80). Ketika itu kamu semua, yang memberikan komen mengenai ekonomi kita dalam Facebook, masih di sekolah. Jadi tiada siapa pun daripada kamu, yang ingat dan melalui pengalaman pada 1998, ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Ketika itu a) Orang ramai kehilangan kerja dan sukar mencari pekerjaan b) Isi rumah mengecil b) Kadar pinjaman purata adalah 12.16 peratus c) Inflasi menghampiri 3 peratus tanpa penarikan subsidi Jika sesiapa antara kamu yang ragu-ragu dengan angka inflasi 2-3 peratus hari ini dan merasakan ia adalah tinggi, cuba fikirkan pada 1998-1999. Dan ya, kadar pinjaman purata adalah melebihi 12 peratus. Anda boleh katakan ia adalah sejarah dan anda boleh terus mengkritik Perdana Menteri, Bank Pusat dan kerajaan hanya kerana angka berkenaan. Namun lain kali apabila anda menyuarakan kekecewaan atau kemarahan melalui Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri sama ada pertukaran Ringgit - Dolar memberikan kesan terhadap anda, dan bagaimana. 1. Adakah anda membeli secara dalam talian dari laman web US? 2. Adakah anda merancang untuk terbang ke US bagi bercuti? 3. Adakah anda rakyat Malaysia yang belajar di US? 4. Adakan anda mengimport barang untuk dijual semula di Malaysia? 5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari US untuk digunakan di sini? 6. Adakah anda menggunakan dolar US dalam kehidupan anda? Jika jawapan anda adalah ya untuk semua soalan di atas, maka anda akan terjejas. Jika tidak, kenapa anda perlu menjerit dan berasa bimbang? Gaji anda masih didomininasikan dalam Ringgit dan anda tidak membeli barang keperluan dengan menggunakan dolar uS. Sudah tentu, tiada siapa yang boleh menafikan ia memberi kesan kepada sesetengah segmen terutama import dan rancangan kita untuk ke US, UK etc. Saya juga berpendapat banyak perkara yang Najib boleh lakukan (yang tidak dilakukannya sekarang) dan saya akan berkongsi lebih banyak nanti. Agensi rating antarabangsa - Fitch, Moody’s dan S&P — semuanya mengekalkan pandangan bahawa ekonomi Malaysia adalah stabil. Tidak ada pakar ekonomi di luar sana yang menyatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang berkata demikian.

Goh Wei Liang

0 komentar: